Monday, 31 December 2012

Rangkuman 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik, 2012 bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa jam lagi. Looking back at 2012, aku rasa banyak lagi perkara yang masih belum selesai yang sememangnya harus dibawa ke 2013. Banyak. Terlalu banyak. Antara azam tahun 2012 yang lalu:

1. Nak berhenti merokok - hampeh.
2. Nak start exercise, jogging, etc - kasut pun sampai hari ni tak beli2.
3. Nak kuruskan badan - mimpi la.
4. Nak stabilkan ekonomi diri - half cook cum work in progress.
5. Nak habiskan bayar kereta V6 - kereta pun kena curi.
6. Nak turunkan golf handicap - pergi range pun tak pernah.
7. Nak ambik lesen B full - moto pun tak beli lagi.
8. Nak ambik lesen PADI diving - cuti panjang tak approve.
9. Nak start belajar tajwid - In shaa Allah.. soon
10. Nak start small business (very small) - cuba, bangun, jatuh, belum bangun lagi.
And macam2 lagi la kalau nak senaraikan semua.

Setiap tahun bermacam azam yang aku pasang. Mungkin tak salah kalau aku kata yang ramai juga yang sama macam aku. Azam itu dan ini. Namun samada azam itu dapat direalisasikan atau tidak, banyak terpulang pada diri kita sendiri. Aku secara peribadi merasakan antara sebab mengapa ada azam yang tak dapat dijadikan realiti adalah kerana TERLALU BANYAK AZAM yang disenaraikan. Bila dah terlalu banyak, maka fokus pun akan lari. Pernah dengar 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' tak? Ha, itu lah masalahnya. dan kadang kadang, ada azam yang tak masuk akal yang kita secara rasional dan sedar tahu bahawa tidak mungkin azam itu dapat ditunaikan. Contoh? Jadi Angkasawan maybe. Boleh ke der?

Apapun, walau banyak azam yang masih tak kesampaian, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Atas kesihatan yang diberikan. Atas rezeki yang cukup. Atas Isteri yang penyayang. Atas anak anak yang dikasihi. Atas keluarga yang saling menyayangi. Atas rakan taulan yang budiman. Atas kerjaya yang memuaskan. Atas satu lagi ramadhan. Atas satu lagi syawal dan pelbagai lagi. Sesungguhnya betul lah yang nikmat Allah SWT tu kalau diambil air seluruh lautan didunia ni sebagai dakwat untuk menulisnya, nescaya tidak akan cukup. Terima kasih ya Allah. Aku hambaMu yang kerdil ini amat bersyukur atas nikmatMu.

Banyak juga kisah suka dan duka dalam 2012. Kisah suka tu banyak. Tak terkira rasanya. Tapi aku ingin untuk berkongsi kisah duka 2012 yang pada aku tak lain tak bukan pemergian kekandaku Mohd Fadzil @ Along ke rahmatullah. Aku ni adik beradik bukanlah ramai. 4 orang semuanya. Along, Aku, Nor dan Azli. Arwah Azli lebih dulu meninggalkan kami pada 1997 semasa dia berumur 17 tahun. Meninggal dunia kerana sakit tulang. Dari 1997, tinggal kami bertiga. Along pulak awal tahun ni sekitar bulan Mac was diagnosed with duedenom cancer (somewhere dekat perut). His health deteriorated since then dan akhirnya he passed away dalam bulan September. Within a short period of 6 months. He was 41 when he passed away. Apa yang mendukacitakan,  Along ni seorang yang cerewet pasal kesihatan dan pemakanan. Dia tak merokok, gym 2-3 times a week, makan jaga but end up was diagnozed with cancer. Rasa macam tak percaya yang dia dah tak ada. We were very close when we were small. Start renggang masa aku dapat masuk mrsm. And after that macam renggang all the way. Anyway, antara azam aku 2012 adalah nak rapat balik dengan dia. Namun, Allah dah ada perancangan lain. I was heartbroken when he passed away. Losing a dear brother. Kesalan paling besar aku adalah aku tak sempat mintak maaf kat dia sebab dulu aku pernah pecahkan botol gel rambut dia masa ada sekali kitorang gaduh masa kitorang kecik. Keluarga kitorang bukanlah macam keluarga sekarang yang senang senang. Belanja kena control. So, nak apa apa, kena menabung. Dia punya la simpan duit nak beli gel rambut tu almaklum la masa tu gel rambut ni masih baru dalam pasaran. So siapa yang pakai gel kira gempak la. Dia pulak, beli gel rambut tu, tapi tak pakai. Aku tanya kenapa? Dia kata, nak tunggu a very special occasion baru dia nak pakai. Setakat nak pegi sekolah ke, pegi pasar ke, tak payah nak pakai gel. Aku tak ingat gaduh pasal apa time tu. Cuma it was so heated, and I decided to hurt him peringkat maksima. Kalau tumbuk, kejap aje sakitnya kan. Kalau tendang, terajang, boleh elak elak lagi. So aku dengan tenang, ambik botol gel dia kat almari dan hempaskan atas lantai depan mata dia. Dia ni biasanya jenis lasak dan akan melawan balik. But not this time. He just cried while trying to salvage whatever left of the hair gel on the floor. Dan aku senyum puas hati. Ya Allah. besarnya dosa aku pada Along. Aku harap Along dah ampunkan aku. Atas segala dosa dosa yang pernah aku buat pada dia. Aku tentunya dah ampunkan segala dosa dia pada aku. Malah rasa aku, Along tak pernah sakitkan hati aku sebagaimana aku pernah sakitkan hati dia. Aku doakan setiap kali selepas sembahyang moga Allah cucuri rahmat pada roh Along dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman dan beramal soleh. Air mata aku menitik sambil aku menaip.

 Break sekejap.   

I"m back. Fuh, lega rasa bila dapat release apa yang terpendam dalam dada. Anyway, tengah mencongak apa program malam ni. New years eve. Maybe bawak family keluar dinner lepas tu jalan jalan tengok lampu. Takkan nak pegi Dataran kot. Cukup dengan ronda ronda bandaraya Shah Alam or Klang je. Paling tidak pun pusing dekat I-City kot kot ada bunga api ke apa. 

Rasanya itu je kot untuk rangkuman 2012. Semalam pun dah main golf untuk penutup tahun ni kat Glenmarie. A good outing sebab aku menang. Pagi tadi pun dah settle the last committee meeting for the year. So esok berehat satu hari. Lusa, kita mulakan 2013.

Salam hormat. Salam sayang. Salam mesra. Moga kita semua menjadi insan yang lebih baik lagi sempena tahun baru 2013 ini. Itu aje azam aku kot. 

Till then. Assalamualaikum.


Yesterday @ Glenmarie Golf & Country Club. Last game of 2012.

  

No comments:

Post a Comment