Topik ni memang interesting and a bit complicated. Aku mungkin akan pecahkan cerita ni pada beberapa bahagian. Tapi aku akan cuba untuk terang dan kupaskan supaya all of you can appreciate the true meaning of LOVE. Pada yang pernah melaluinya, pasti akan dapat merasakan dan menghayatinya. Do enjoy your reading.
Pernah tak kita bertanya yang sepanjang hidup kita, berapa kali kita pernah dilamun cinta. Ada yang sekali, ada yang dua kali dan tak kurang yang berkali kali. Kata orang, cinta pertama adalah cinta sejati. Walau kita akan bercinta lagi dikemudian hari, namun di sepanjang hayat, cinta pertamalah yang akan dikenang dan diingati sampai bila bila. Well, its open to everyone interpretation. Some will agree ans some wioll beg to differ. Apa apa lah janji korang bahagia. This posting will exclude my love live prior to 1996. That means whatever happen in primary school, mrsm muar, matriculation and UUM prior to that will be excluded. Ok, lets get back to the main topic on how I met my wife.
Segala galanya bermula di Universiti keramat ini pada tanggal 31 Disember 1995. Yes, the last day of 1995. Malam tu, as usual routine budak budak kampus UUM menyambut tahun baru adalah berkumpul ramai ramai di kafeteria, makan, minum, tengok tv, countdown and balik tidur. Ada jugak yang ke Paddy Fields dan Shock, tapi aku time tu dah retire dah buat benda benda tu. Not to say I didn't like it. It's more of susah aku nak bahagikan masa dengan belajar dan entertainment disebabkan PALAPES. Diorang lain la. Ko-k muzik, mekanik, sukan etc. Banyak masa terluang. PALAPES ni kalau nak kiwi kasut pun makan 2-3 jam. Belum cerita gosok baju lagi. Ok, jangan lari topik. Malam new year tu, aku bersama sahabat baik aku Mohd Idi Amin, menunggang Yamaha SS110 kaler kuning aku, kami berdua decide untuk sambut tahun baru di Cafe D9 Kolej Petronas. Sampai di Cafe D9 dalam pukul 10 lebih. Punya lah penuh. Lepas parking motor, kami pun beratur beli makanan. Lengkap bihun di tangan kanan dan teh o ais di tangan kiri, kami pun merayau la ke seluruh cafe tu untuk cari tempat duduk. Memang tak ada meja kosong. Full house. Terlampau ramai orang. Aku yang macam dah fed up nak cari tempat rasa macam nak mencangkung tepi longkang je makan. At this point tiba tiba idi berbunyi.
"Pen, tu ada kerusi dua kosong kat meja awek tu". Idi memuncungkan bibirnya mengahala ke arah sebuah meja kecil untuk 4 orang di hujung Cafe D9 sebelah luar yang berdekatan dengan tasik.
"Memang la kosong. Tapi segan la. Kita ni dah la muka ganas. Mana awek tu nak kasi kita duduk" kata aku pulak.
"Kau ni, apa la. Aku kenal salah sorang awek tu. Satu kelas dengan aku paper FM" Idi agak confident.
Idi terus melulu menghala ke meja tu. Aku pulak, nak tak nak, terpaksa la mengikut. Hati rasa berat sebab honestly time tu, aku macam dah 'delete' perkataan perempuan dari dalam kamus hidup aku. Hidup aku banyak berlegar disekitar rakan rakan PALAPES dan juga geng geng kolej lain yang rapat dengan aku since matrik (geng keretapi Butterworth - KL - you know who you are). All guys. No girls. TApi ini bukan bermaksud aku anti perempuan. Aku cuma tak ada masa nak ada 'relationship'. Got it? Aku masa tu ada ramai kawan kawan perempuan yang rapat dengan aku ok. Lilot, if you are reading this, please help and explain.
Sampai di meja, Idi dengan mesra menyapa salah seorang dari awek tu yang bernama Irda. As expected, memang 2 kerusi tu kosong and kami dibenarkan untuk join sekali kat meja tu. So, jadi la berempat. Idi semenjak duduk sibuk dok pot pet pot pet dengan Irda. Aku pulak, dapat kerusi, ada meja, apa lagi, terus layan bihun goreng sama teh o ais aku la. Aku abaikan mereka yang bertiga tu dan aku terus khayal dalam dunia aku sendiri sorang sorang.
"Pen, kau ok ke?" tiba tiba Idi bertanya.
"Err.. ok je. Kenapa?" jawab aku sambil mengeluarkan rokok Marlboro Light dari dalam poket.
"Takde la. Kau dari duduk tadi, senyapppp je. Anti sosial ke apa? Dah la menumpang meja orang. Jom la sembang sembang sekali" kata Idi lagi.
Aku terus nyalakan rokok dan memandang tasik yang luas dihadapan kami. Oh, diorang perasan rupanya yang aku ni senyap dari tadi. Lepas 3 sedutan panjang, aku pun mula la menganalisa siapa yang bersama sama aku di meja makan tu. Of course Idi, Irda dan kawan Irda yang bernama Adie. Pertama kali mata aku bertentangan dengan Adie, aku dapat rasakan macam ada sedikit kejutan letrik manja yang melanda seluruh tubuh aku. Geli, sedap, sakit, semut semut, semuanya ada. Adie ni orang nya putih cerah, bibir nya separuh penuh, matanya cantik dan keseluruhannya sedap mata memandang. Dalam hati aku menampar muka aku sendiri. Kenapa la dari tadi aku berkurung dalam kepompong aku sendiri. Kenapa tidak sejak duduk, aku tidak turut serta dalam perbualan mereka. Aku mula mencari modal umtuk bersembang. Bukak cerita PALAPES sikit, cerita muzik sikit dan terpaksa dengar pasal cerita belajar jugak. Overall it was ok. Irda dan Adie sebenarnya agak mesra. Terutamanya Irda tapi itu memang dijangkakan sebab dia memang kenal baik dengan Idi. Adie pulak, ada kalanya dia berbicara dan ada kalanya dia diam termenung. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Menjelang tengah malam, Cafe D9 jadi lebih gamat. Minit terakhir 1995 akhirnya tiba dan apa lagi, countdown la. 5,4,3,2,1........ Happy New Year!!!!! Meriah seluruh cafe. Ramai yang bersalaman. Ada yang berpelukan (sesama jenis je). Kami berempat pulak, cukup dengan ucapan pada satu sama lain dan senyuman. Entah kenapa, aku rasa macam aku 'suka' pada Adie. Everything that she does seemed to be so right. cara cakap, cara senyum, cara makan, cara minum, cara ketawa, cara berjalan, semualah. Sudah terlalu lama aku tak merasakan apa yang aku rasakan pada ketika itu. Apakah maksudnya semua ini?
Selang beberapa minit selepas memasuki tahun 1996, Irda dan Adie mohon untuk beransur pulang. Mereka sebenarnya dari Kolej Proton di Laluan A. Sekitar 1.5km dari Kolej Petronas. After saying goodbye, mereka pun bangun dan berjalan untuk pulang. Tinggal la aku dan Idi berdua di meja tu. Aku masih memerhatikan Adie yang semakin jauh meninggalkan kami. Namun hati dan fikiran aku tersangat bercelaru. Aku tak mahu ini merupakan pertemuan pertama dan terakhir antara aku dan dia. Apa alasan aku untuk terus boleh berjumpa dengan dia lagi. Aku panik. Dia semakin jauh. Aku semakin panik.
Bersambung.

Siapa ingat pelantar ni? Tempat lepak petang petang, bawak roti bagi ikan makan. |

Hebat boh...terkenang saya kisah saye
ReplyDeleteHihiii
Aji mock
Nak lagi.. nak lagi..
ReplyDeleteSyiok bercinta kat kampus...part 2 dah siap? Bila nak buboh kt blog?
ReplyDeletelongjon
Kolej Proton
Bilik 326
Will always remember that nite. Cepat cepat sambung bro, can't wait, though already know the ending. Life is a journey, kan?
ReplyDeleteAisey bro...
ReplyDeleteD9 memang pemes kan.Kami pun sokmo lepaks sana. Tapi lu untung..bertemu jodoh disana. Guwe jugak menten xde sape pandang pun...
nice one bro... nak sambung part 2 pulak..
ReplyDelete