Sunday, 6 January 2013

How I Met My Wife - Part 2

Dalam kepanikan aku yang agak melampau itu, tiba tiba aku teringat sesi lepak geng geng askar Kolej Perwaja kat depan kedai AB Waja dua hari lepas. Aku, Idi, Bapak, Munir, Khairul dan lain lain. Kebetulan Kolej Perwaja akan menganjurkan Annual Dinner di Dewan Muadzam pada 7 Januari 1996. Dalam sesi lepak tersebut, kami semua saling mencabar antara satu sama lain. Apa cabarannya? Supaya masing masing datang ke majlis annual dinner tersebut dengan 'teman perempuan'. Tak kira siapa, tapi MESTI seorang teman perempuan.

Dewan MAS

Adie semakin jauh meninggalkan aku.

"Arghhh... Tak cuba tak tahu.." kataku dalam hati.

Aku bingkas bangun dari kerusi meninggalkan Idi terpinga pinga dan terus berlari anak untuk mengejar Adie yang pada ketika itu hampir sampai ke jalan besar. Kukuatkan semangat. Kucekalkan hati. Apa nak jadi, jadilah. 

"Adie.. Adie.." aku memanggil dari belakang seraya hampir sampai dekat dengannya. Adie yang terdengar akan panggilan aku terus berpaling ke belakang dan berhenti. Sebenarnya ada dalam 10 tapak lagi sebelum aku sampai betul betul dihadapan dia, namun secara jujurnya, itulah 10 tapak yang paling jauh penah aku rasakan dalam hidup aku. Kepala aku kembali berkecamuk dengan pelbagai persoalan. Yakinkah aku atau beranikah aku untuk ajak dia ke annual dinner tu? Mahukah dia terima undangan aku? Atas dasar dan kapasiti apa aku nak undang dia? Mana aku nak letak muka kalau dia tak nak? Mungkin ke aku akan kena penampar semata mata sebab aku ajak dia jadi teman? Bayangkan semua ini berlegar di minda aku dalam 10 langkah terakhir sebelum sampai ke depan Adie. 

Sesampainya aku dihadapan Adie, aku menarik nafas panjang terlebih dahulu. Aku tak sanggup tenung mata dia. Aku rasa sangat kecil. Jadinya, masa bercakap, aku hanya tenung dahi dia. Aku Bismillah banyak banyak dalam hati dan aku nekad.

"Sorry Adie. Lupa nak cakap tadi. Sebenarnya 7 hb Januari ni, Kolej Perwaja ada Annual Dinner" kataku padanya dalam keadaan separuh mengah.

"So???.." balas Adie dengan ringkas dan bersahaja. Aduh. Ringkas sangat la pulak jawapan. Petanda buruk ni. Macam tak berminat je.

"So, kalau sudi, boleh tak saya ajak Adie untuk jadi teman saya malam tu?" ada sedikit getaran dihujung halkumku semasa aku menyebut perkataan 'teman'. Aku pasrah. Memang sudah sangat lama aku tak melalui situasi sebegini. Situasi yang amat kekok dan tidak selesa bagi semua makhluk yang bernama lelaki.

Adie diam seketika. Mungkin dia sedang membuat pertimbangan. Samada menerima atau menolak. If I were in her shoes, I would also be a bit sceptical if not dumbfounded. Come on man. I just met this guy like 2 hours ago. Tumpang meja aku sebab nak makan konon. And before I know it this same guy is asking me out to be his 'partner' for his college annual dinner. Aku cuma berserah pada ketika itu. Harapan aku adalah agar dia sudi. Kalau dia tak sudi pun, tak apa kot. At least aku dah cuba. Biar la malu pun. Janji aku takkan menyesal sebab tak cuba langsung. Sambil aku menunggu jawapan dari Adie, aku cuba sedaya upaya membuat muka kesian dan seposen yang semaksimum boleh. Sebenarnya apabila aku imbas kembali saat tu, Adie diam tak la lama mana pun. Paling paling pun dalam 5 saat. Cuma as I said earlier, pada waktu dan ketika itu, time move very very slowly. It felt like forever. Kira lalat terbang pun boleh tangkap pakai chopstick. Ibarat macam elak peluru dalam cerita The Matrix.

"Berapa haribulan tadi Abang Anas?" Adie mula memberikan respond.
"7 hb" jawabku semakin gementar.
"Kena bayar ke?" eh, macam ada harapan aje ni.
"Eh tak lah. Free. Just datang je" kataku berbohong. Sebenarnya dinner tu kena bayar RM20 sorang. Kalau dia sudi temankan aku, aku bayar la untuk dia.
"Hmm.. Kalau makan free, I ok je. Bolehlah"

Yahoooooo!!!! Dia setuju!!!!

"Tqq Tq Tq. Ok Adie. Set ye. Nanti 7hb, lepas maghrib, Abang Anas datang fetch awak kat Kolej Proton"
"Ok sure. Bye" balas Adie.
The Mall UUM


Adie meneruskan perjalanan pulang meninggalkan aku yang dalam keadaan gamam kerana aku memang sangat tidak percaya yang aku telah berjaya ajak dia untuk pergi Anuual Dinner tu. Lama aku berdiri kat tepi jalan tu memerhatikan dia berjalan semakin jauh dan sudah menghampiri The Mall.

Serius lama aku berdiri kat situ. Tak tipu. Sukar aku nak gambarkan apa perasaan aku ketika itu. Yang pastinya gigil aku  masih belum habis. Kalau tidak disebabkan Idi datang menepuk bahu aku dari belakang, pasti aku akan kekal kat tepi jalan tu.


"Woi. Sudah la. Kau buat apa tadi? Kau cakap apa dengan Adie? Dah la tiba tiba bangun blah tak ajak aku" Idi mula menunjukkan sifat 'Kak Nam' nya. Busy body la tu. 

Sambil tersenyum sumbing, aku berkata "Ingat tak 2 hari lepas kat AB Waja? Yang pasal dinner tu? Aku ajak Adie temankan aku. And dia setuju. Yess!!! Kau tu apa kes? Dah ada teman belum? Jangan tader pulak" aku cuba membakar Idi. Aku tau orang macam Idi takkan ada masalah untuk cari teman. Dia ramai kawan perempuan. Skandal yang minat kat dia pun ramai. Ye lah, orang enskem.

Yamaha 110 SS

Aku dan Idi menuruni bukit dari jalan besar untuk kembali ke Cafe D9 dimana motosikal kami diletakkan. It's time to go back to Perwaja. Perasaan aku berbunga bunga. Suka sangat. Badan rasa ringan macam nak melayang layang. Senyuman manis secara automatik terukir dibibir. Sampai kat motor kami, yang di parking bersebelahan, aku pun terus naik dan start motor aku. Fikiran masih melayang ni. Tersenyum sorang sorang macam orang tak berapa cukup screw. Selepas kurang lebih sepuluh tendangan, enjin motor aku masih tak  mahu hidup. Aku tak kisah, aku cuba lagi. Hati kan tengah berbunga, so kalau enjin motor tak boleh hidup tu perkara yang sangat kecil lah. Idi yang dari tadinya dah hidupkan enjin motor dia dan menunggu aku tersengih sengih je melihat gelagat aku. Ah, jealous la tu. Biarkan dia. Menyibuk je hal orang. Tapi tu lah. Mungkin disebabkan aku ni sahabat baik dia, lama kelamaan dia jatuh kesian kot pada aku. Ditongkatkannya motor dia dan dia datang menghampiri aku.
"Pen. Kau ni pun agak agak la. Kalau kunci motor kau tak cucuk kat motor and pulas ON, sampai kiamat la kau start motor ni takkan hidup hidup. Baru dapat ajak orang tu pegi dinner dah angau" dia tergelak sambil mengambil kunci motor aku yang sebenarnya berada dalam genggaman tangan kiri aku dan meng 'ON' kan motor aku. Aku termalu sendiri. Satu lagi tendangan dan mengaum la bunyi Yamaha 110 SS aku dengan no plat NAK 857 ke segenap ruang pelusuk Cafe D9. Kami berdua pun berlalu pulang ke Perwaja.

Malam itu, bersaksikan siling bilik Kolej Perwaja Blok A, 2.12, aku gagal tidur. Sabarul roomate aku dah lama belayar ke laut. Perasaan berbunga bunga dan melayang layang masih lagi dirasakan. The last time I felt this way was in MRSM Muar. Perasaan itu kini kembali. Apa apa pun, first hurdle has been cleared. Apa strategi aku moving forward ni? Next step is dinner. After dinner, apa pulak alasan aku untuk terus berjumpa dengan dia? For some of you, I might be too optimistic. Belum apa apa dah nak pikirkan benda yang jauh kehadapan. Status sebenar dia  pun aku tak tau lagi. Single ke? Dah berpunya ke? Tapi aku memang jenis macam tu. If I want something, aku akan pastikan yang aku akan dapat benda tu. So I need to be serious. Pelan tindakan dan strategi amatlah penting. Aku tak nak guna strategi "I'll cross the bridge when I reach the river". Tak efektif dan merbahaya.

Sebelum memejamkan mata malam tu, aku decide that moving forward, aku perlu cari info sebanyak mungkin pasal Adie. Kepakaran 'risik' dan 'semboyan' PALAPES akan digunapakai sebaiknya. Sambil meletakkan tangan atas dahi aku melayan mata untuk tidur. Aku merangka apa yang perlu aku lakukan. Tujuan dan objektif aku jelas. Cicak diatas siling bilik aku rasa makin mengecil. Dengkuran Sabarul makin kuat. Hari sudah dinihari. Tapi dalam hati, jiwa dan kepala aku, hanya ada ADIE.

Persoalannya sekarang, is she The One?


Bersambung.
  

11 comments:

  1. Sweet bro...i m smiling...sweet...tapi kalau d masukkan gambar muka seposen ang tu lagi menarik. Tumbsup bro!

    ReplyDelete
  2. Bravo aji. Keep on blogging :)

    ReplyDelete
  3. Giler lama aku tunggu ko kat moto, tgk ngko sengih sorang-sorang layan perasaan lepas cakap ngan Adie. Dekat nak abih sebatang rokok la jugak aku menunggu. Lagi satu bro, detik 12 malam Tahun Baru tu, ada sound effect dari Perwaja, thunder flash 12 das. Ala2 dalam filem, cuma... malam tu ada bunyi je, tak de bunga api...

    Will always remember that night, especially tgk muka 'gelabah puyuh' ngko masa nak gi kejar Adie, dan masa nak gi pick up Adie mlm dinner (surely u'll tell that story better than me.. hehe)

    ReplyDelete
  4. aku dengar nama aku disebut.....

    p/s: naik moto tengok tingkap bilik pon jadi lerrr.... tak gitu pen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munet, ingat dak masa kita dok gila2 tulih poem siang malam?

      Anyway, ucapan terima kasih tak terhingga pada VW hang yang banyak berjasa.

      Delete
  5. Auchhh...so sweet. berani dalam getar...rasa cam tengok drama bersiri la... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Ann... hahaha. Saya cuba la imbas2 balik apa yang jadi kat UUM dulu. Anyway, ye ke awok tu dulu takder orang tengok? Ishh.. tak caya lah.

      Delete
  6. salam sahabatku ahli persatuan menantu oraang kelang ,

    hehehehe , kisah hang ni boleh dah dijadikan filem ni ...takat ombak rindu tu senang2 je leh kasi tapau ..teruskan menulis sahabat. Aku dpt info blog hang ni pun sebab terjah blog idi amin ...

    Bulat (menantu orang kelang jugak)

    ReplyDelete
  7. Dah tu bila nak sambung Part 3...

    ReplyDelete
  8. that is so cute :)
    -wani-

    ReplyDelete
  9. Tersyangat tersyentuh hati hambe membacer citer tuan hamber ini....

    ReplyDelete