Thursday, 14 March 2013

Being Truthful - The Husband Side Of The Story




Interesting topic.

Sebenarnya topik diatas ni merangkumi segala aspek kehidupan kita sehari2. Kalau direct translate ke bahasa melayu, being truthful is berlaku jujur lah. Jujur ni dalam segala konteks. Jujur anak dengan ibu bapa. Jujur pekerja dengan majikan. Jujur boyfriend dengan girlfriend. Jujur kawan dengan kawan dan macam2 lagi. Tapi aku suka nak mengupas konsep berlaku jujur yang berkaitan dikalangan kita Generasi X ni (sila google kalau tak tau apa tu Generasi X).



Most of us the X Generation secara amnya pada tika dan saat ini mungkin 90% adalah seperti senario yang disenaraikan dibawah: -

1. Sudah berumah tangga.
2. Mempunyai anak dalam lingkungan 1 - 15 tahun.
3. Suami dan isteri bekerja.
4. Kerjaya di peringkat pertengahan (middle management).
5. Mempunyai rumah sendiri.
6. Kebiasaannya mempunyai 2 kereta.
7. Belum 100% mencapai financial freedom tetapi sudah mempunyai lebihan pendapatan yang agak selesa.
8. Mempunyai hobi samada golf, basikal, motorsikal besar, karaoke, melancong, shopping.
9. Meet up to catch up with friends at least twice a month.
10. Lain2 yang anda fikirkan sesuai lah. Banyak lagi sebenarnya.

Ini secara umumnya. Saya tak katakan kesemua yang saya senaraikan diatas itu benar. Tapi secara umumnya, sekiranya 5 dari 10 itu tepat mengenai kita, maka kita adalah tergolong dalam kumpulan majoriti Gen X. Kebanyakan kita adalah berumur dalam pertengahan 30'an sehingga ke pertengahan 40'an. Ok, dapat ya apa yang saya cuba definasikan? Good.

Topik ni sebenarnya agak berat tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk kupas sesantai yang boleh untuk kita sama2 renungkan. To read, digest, understand dan apa yang baik tu kita buat sebagai pengajaran. Saya ingin menarik perhatian rakan2 kepada konsep being truthful atau berlaku jujur dalam hubungan antara suami isteri. Oleh itu izinkan saya untuk berkongsi cerita dibawah ini dengan pembaca semua. Cerita ini adalah mengenai En Zack (bukan nama sebenar). Ini adalah kisah benar dan bukan rekaan. Jom Layan.



KISAH EN ZACK

Zack adalah lulusan Universiti tempatan dan memulakan kariernya dalam bidang teknologi maklumat sebaik sahaja menamatkan pelajarannya di Universiti. Zack bermula sebagai seorang jurutera sistem di sebuah firma mutinasional dan atas usaha gigihnya bekerja selama bertahun tahun, pada hari ini beliau adalah salah seorang dari Vice Presiden firma tersebut. Dengan gaji sekitar RM18 ribu sebulan, Zack yang kini berumur 41 tahun agak selesa dengan kehidupannya. Zack mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya dari zaman universiti lagi iaitu Anne (bukan nama sebenar). Hasil perkongsian hidup mereka selama 14 tahun, mereka dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Aiman 13, Hanna 10, Azlan 8 dan Hazlin 5 (kesemua bukan nama sebenar). Anne pula bertugas sebagai seorangg guru di Seksyen 7, Shah Alam.

Zack memandu kereta Honda Accord sementara Anne pula memandu Toyota Alphard. Sesekali jika cuaca mengizinkan, Zack akan menunggang Motorsikal Kawasaki Versys kesayangannya untuk kepejabat. Mereka sekeluarga tinggal di rumah Semi-D di kejiranan Kota Kemuning Shah Alam. Anak anak pula bersekolah agama dan kebangsaan di kawsan Kota Kemuning juga. Mereka mempunyai seorang pembantu rumah indonesia bernama Suri.

Secara amnya, kehidupan Zack sekeluarga adalah satu kehidupan yang nampak pada mata kasar kehidupan idaman majoriti Generasi X. Mungkin tak keterlaluan jika saya katakan yang inilah kehidupan idaman semua orang. Bekerjaya tetap. Berpendapatan agak tinggi dan stabil. Menetap di kejiranan yang terkenal. mempunyai anak anak yang sihat dan ceria. This is easily what everyone wants.



Kita sambung lagi.

Kebiasaannya pada hari bekerja Zack akan sampai ke rumah pada waktu maghrib. Sekali sekala Zack sekeluarga akan sembahyang magrib dan isya berjemaah. Selesai maghrib dan makan malam, Zack akan duduk bersama anak anak nya dan membantu mereka dalam membuat kerja sekolah. Tepat jam 10.30, anak anak akan masuk tidur dan Zack akan menghabiskan masanya berbual mesra dengan Anne. Most of the time, Zack akan mendengar luahan hati Anne mengenai perkara2 yang berlaku disekolah. Juga ragam anak anak semasa ketiadaan Zack. Dan kadang2 hal berkaitan pembantu rumah mereka. Atau apa2 saja yang terlintas di kepala Anne. Zack sering memberikan perhatian setiap kali Anne mengadu padanya. Basically he is a good listener. Dan setiap kali itu juga Zack akan memberikan jalan penyelesaian atas setiap keluhan dan memberi kata2 nasihat dan semangat pada Anne. Begitulah sayangnya Zack pada Anne. 14 tahun mereka berkahwin, belum pernah sekali pun Zack melukakan hati Anne. Bergaduh atau bertengkar kecil itu asam garam rumah tangga. Pastinya ada. Namun sepanjang berkahwin, belum pernah Zack contohnya ditangkap berlaku curang atau membuat sesuatu perkara tidak elok yang boleh menjejaskan rukun damai rumah tangga mereka. Begitulah rutin hari bekerja mereka. Sebelum terlupa, sekali sekala pada malam hari bekerja, Zack akan keluar samada bertemu client ataupun minum teh tarik bersama rakan2 nya.

Pada hujung minggu, Zack akan meluangkan 1 hari penuh kepada keluarga. Contohnya bangun pagi sabtu dan keluar bersarapan. Selepas bersarapan, pulang berehat dirumah. Tengah hari keluar pula ke mana2 pusat membeli belah. Lunch diikuti dengan menonton wayang dan membeli belah hingga lewat petang. Pada waktu malam, mereka akan berjalan lagi mungkin ke rumah saudara mara atau keluar jalan2 tengok lampu. Kesimpulannya, keseluruhan hari akan dihabiskan untuk keluarga. Setelah seharian sabtu bersama keluarga, pada hari Ahad, Zack akan menghabiskan masanya samada bermain golf ataupun pergi menunggang motorsikal besar bersama rakan2 nya. Kebiasaannya aktiviti akan bermula awal pagi dan Zack hanya akan pulang sekitar jam 9 malam. Itu lah rutin hujung minggu Zack.

          










Dan setiap kali cuti persekolahan pula, Zack sekeluarga akan pergi bercuti bersama sana ke destinasi dalam ataupun luar negara.

Dari segi kewangan, Zack lah yang membayar kesemua hutang rumah, kereta dan motor. Dia juga memberikan sebanyak RM3 ribu sebulan kepada Anne sebagai duit belanja dapur dan anak2. Duit gaji Anne pula kata Zack adalah milik Anne. Zack tak pernah minta Anne bayar apa2 pun. Kesemua urusan perbelanjaan keluarga Zack yang tanggung.

Indah sungguh nampaknya kehidupan Zack. Dia sangat menyayangi isterinya Anne. Kita dapat lihat dari rutin hariannya bagaimana Zack sentiasa berada disisi Anne memberikan semangat dan nasihat. Zack juga sangat menyayangi anak2nya. Setiap hari sebelum ke sekolah mereka akan mencium tangan Zack manakala Zack akan mencium dahi kesemua mereka. Begitu juga sebelum tidur setiap malam, Zack akan pastikan yang dia akan mengucup dahi kesemua anak2nya dan bermaafan dengan mereka. Apa yang dia lakukan dengan Anne sebelum tidur rasanya tak sesuai untuk saya kongsikan disini hahaha.



Sekadar Gambar Hiasan

Indah. Cukup Indah. Sebuah kehidupan idaman.

Namun seperti pepatah orang tua2, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Do not judge a book by its cover. Dalam keidealan kehidupan harmoni Zack ini, sebenarnya dia ada menyimpan satu rahsia yang hanya dikongsi dengan 2-3 orang teman rapatnya sahaja. Should we call it rahsia? Or is it more than a secret? Sama2 kita nilaikan. Dalam pada Zack yang pada zahirnya seorang yang kelihatan baik, suami dan ayah yang penyayang, dia sebenarnya menyimpan suatu rahsia yang amat besar. Zack sebenarnya ada menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa wanita, YA!!! BEBERAPA WANITA. Dan perkara ini bukan lah baru berlaku. Kehidupan rahsia Zack ini telah berterusan selama 7 tahun.

Zack mula terjebak dengan perkara hubungan sulit ini selari dengan kemajuan kerjayanya. Bila pangkat semakin tinggi, poket semakin tebal, maka ramailah wanita tak kira tua mahupun muda yang mula berkenan padanya. Di pejabat, client, kenalan lama, atau kenalan atas kenalan, dari situ lah Zack mendapatkan 'mangsa' yang selama 7 tahun ini tidak putus2. Pada mulanya adalah atas dasar suka2. Saja cuba2. Test market. Zack ni bukan lah hensem sangat pun. Seluar pun size 35. Namun atas kejayaannya dalam kerjaya dan kehidupan, dia seakan ada aura yang tersendiri. Ramai gadis2 yang suka mendekatinya. Dan Zack juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi sekiranya dia mahu menghampiri gadis yang disukainya. Dari asalnya hanya untuk cuba2, Zack telah menjadikan ini sebagai satu rutin hidupnya. Setiap hubungan sulit kebiasaanya memakan masa selama 3-5 bulan. Dan Zack seperti yang saya katakan tadi mempunyai sekurang kurangnya 2 atau 3 teman wanita pada satu satu masa. Lumrah untuk lelaki Generasi X pada hari ini yang setaraf dengan Zack. Masalah mereka adalah bila usia mula mencapai 40, ramai pulak wanita yang jatuh minat pada mereka. Macam senang sangat la pulak nak dapat awek. Dan satu kelemahan Generasi X pada umur sebegini, saya juga rasanya perlu akui adalah kurang daya tahan terhadap perasaan: MUDAH JATUH CINTA.


Sekadar hiasan. Zack tak hensem macam ni pun.

Pelik kan? Bagaimana Zack yang sudah bekeluarga begitu mampu menjalinkan hubungan sulit yang tidak dapat dihidu oleh Anne? Sudah 7 tahun ini berlaku. Takkan la Zack begitu cekap dapat menyembunyikan segala aktivitinya? Nah. Disinilah kesilapan masyarakat dalam menilai insan seperti Zack. Kata Zack, dia 'selamat' selama ini kerana:

1. Dia suami penyayang.
2. Dia ayah yang baik.
3. He provides the family fully.
4. He sticks to the same routine. 
5. He knows when to stop if the affair seemed to be getting serious.

Itu saja katanya. Tambah Zack lagi, mereka yang tertangkap adalah mereka yang berubah setelah ada hubungan sulit diluar. Dari penyayang jadi benci pada isteri. Dari baik jadi ayah yang memukul anak. Dari tanggung semua perbelanjaan jadi seorang yang sangat berkira. Kata Zack, dia tak berubah walau sedikit pun. Dia masih cintakan isterinya dan anak2 nya 100%. Dia masih suami yang dicintai oleh Anne dan disayangi oleh anak2. Di masih provide everything. Jadi mana mungkin dia akan tertangkap.

Apabila saya tanya bilakah masa dia bertemu dengan 'skandal2'nya ini, Zack menjawab "kau boleh tengok rutin aku dan kau boleh agak bila rasanya". Menurutnya, waktu pertemuan adalah kadang2 selepas waktu pejabat. Maknanya, dalam sebulan, dia akan pulang ke rumah mungkin dalam 3 kali agak lewat menjangkau pukul 12 malam atas alasan kerja. Ada juga pertemuan diatur setelah dia pulang kerumah dan keluar semula atas alasan mahu minum teh tarik bersama rakan. Dan waktu paling selalu dia bertemu skandal2 nya adalah pada hujung minggu. Jika sabtu bersama keluarga, maka ahad akan bersama skandal. Jika Sabtu bersama skandal, maka ahad bersama keluarga.

"Abis tu contohnya kau cakap pegi riding hari ahad, tapi kau tak pegi la sebenarnya" saya naif bertanya.

"Aku pergi riding. Bezanya, riding dengan skandal. Bukan sorang2. Sama la macam aku main golf. Memang main golf, tapi lepas tu jumpa skandal" jawab Zack penuh yakin.

Saya agak terpegun dengan jawapan Zack. Siapa sangka insan yang luarannya nampak begitu baik namun sebenarnya menyimpan satu kehidupan rahsia yang bisa meranapkan bahtera rumahtangga sekiranya diketahui oleh Anne.

Bila saya tanya tidakkah dia rasa bersalah, dia memberikan jawapan berikut.

"Bersalah? WTF??!! I've been married for the past 14 years. I have been a very good husband. A loving father. A complete financial provider. My wife loves me. My kids adore me. I'm reaching the top of my career. Bersalah apa ni Nas? Kita ambik kesimpulan mudah la ok. Aku dari dulu lagi berpegang pada ni. THINGS THAT YOUR FAMILY DOESN'T KNOW WOULD NEVER HURT THEM. So kenapa pulak nak bagi tahu diorang benda ni? You want me to be TRUTHFUL, to be JUJUR and destroy what I have built for the past 14 years? Keep cool. Just maintain status quo, control the situation, do not go overboard, know when to exit and believe me everything is gonna be fine" tegasnya lagi. Memang Zack pandai bermain kata dan mungkin sebab itu ramai gadis yang terpikat dengannya.



So, kesimpulan dari cerita Zack ini adalah, it's ok to have affairs as long as you are in control of the situation. Ini kesimpulan dia. Bukan saya. Tapi persoalan paling penting adalah, PERLUKAH Zack berlaku jujur. Does he need to comes clean and admit everything to his family? Or should he just maintain what he is doing now and one day put a closure to everything without hurting anyone.

Entah la. Susah saya nak komen samada apa yang Zack buat ni betul ataupun salah. Tapi ini adalah realiti. Saya rasa ramai lagi Zack Zack diluar sana yang melakukan perkara yang sama dengan Zack saya ini. Cuma bezanya adalah are they in total control or not?

Kalau saya dibenarkan memberi pendapat, secara moral dan spiritual, apa yang Zack lakukan adalah SALAH. Namun begitu, kejayaannya mengimbangi dua kehidupan berbeza adalah sesuatu yang luar biasa. Zack berjanji dengan saya yang dia akan berhenti dari kehidupan rahsianya satu hari nanti. Mungkin dalam masa terdekat katanya. Tapi itu adalah janji yang sukar untuk saya pastikan samada dia akan tepati ataupun tidak. Sahabat saya pernah berkongsi dengan saya pepatah 'berkata benarlah walaupun ia amat pahit untuk ditelan'. Tapi dalam konteks Zack ini, pahit adalah kemusnahan rumahtangga. Sanggupkah dia? Atau sanggupkah kita if we are in his shoes?

Terpulang pada anda semua untuk menilai. Ini adalah satu contoh dari pihak suami. On the husband side. Saya berdoa agar kawan2 saya yang lain dari Generasi X tidak ada lagi yang mempunyai 2 kehidupan seperti Zack. Moga Zack diberikan hidayah untuk segera kembali ke jalan yang benar walau pada zahirnya, tiada apa yang nampak salah pada Zack. Jadi jangan cepat menilai seseorang. Meminjam frasa dari satu drama baru2 ini, "Tidak ada orang baik yang tidak ada masa lampau dan tidak ada orang jahat yang tidak ada masa depan". Mungkin ada benarnya benda ini.



Next time, dikesempatan lain, saya akan cuba bawakan cerita yang hampir sama tetapi dari perspektif isteri pula. Ya. Isteri yang ada skandal. Tak percaya? Tunggu. Rajin2 la melawat blog saya.

Sebelum saya akhiri, saya cuma nak tegaskan lagi sekali yang ini adalah kisah benar. Saya twistkan  fakta serba sedikit untuk tidak menonjolkan siapa individu Zack ini. Tapi sekiranya anda rasa cerita saya ini adalah bertepatan kena dengan anda, saya ingin mohon maaf. Niat saya hanya untuk berkongsi cerita kisah kehidupan. Yang baik harap dijadikan tauladan. Yang buruk harap dijadikan sempadan.

Apa2 pun, saya bukanlah Zack. Saya memang seorang suami penyayang dan saya teramat sayangkan isteri dan anak2 saya.

Old pictures taken in Sebana Cove in 2008

I won't trade my family for anything in this world and I am very very sure of that.

Sekian garapan saya yang tak seberapa ini. Bertemu lagi in shaa Allah di lain kali.

Wassalam.

A'nas






12 comments:

  1. Mengenali ramai zack masa keje dulu...

    ReplyDelete
  2. boh memey cekap... suspek sama boh.. eh silap.. raspek...

    ReplyDelete
  3. ... hi zack... !!! eh bukan dulu org panggil awak Zack ke ji?.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Salah cara hidup...ikut nafsu...alah...lelaki...pompuan la kelemahannye...pompuan pulak harta dunia...puii

    ReplyDelete
  5. Saya kurang senang ngn nama zack tuh....Abe zet..heh

    ReplyDelete
  6. Salam A'nas..

    Wowww...semakin hebat menulis.teruja saya membacanya.Errr.agak2 jumpa lagi dok dgn en zack tu? Kalau jumpa tolong cakap tahniah and sure dia tak kan marah kalau isteri dia juga membuat perkara yang sama ...peace..

    ReplyDelete
  7. Life is simple. Everything we do Allah knows. Zack should...sendri mau ingat!

    ReplyDelete
  8. Well said Aji.... Of course I'm not same as your Zack!! Memae kelah la nukilan Aji... I like!!! Keep on writing.....

    ReplyDelete
  9. ...semuanya berpunca dari layanan batin oleh isteri zack yg tidak memenuhi kehendak imaginasi zack...so zack perlulah ajar dan beritahu apa style dan cara layanan yg dia inginkan...jika tak beritahu dan ajar isteri manakan si isteri tahu...salah zack

    ReplyDelete
  10. zack salah dan curang...berani kerana benar..takut kerana salah...tiada alasan lagi...bertaubat...

    ReplyDelete
  11. wow...nicely written...i understand it bits here and there, u managed to compile it all...
    -wani-

    ReplyDelete
  12. Zack ni mcm Anas yg aku kenal dohlu

    ReplyDelete