Sunday, 6 January 2013

How I Met My Wife - Part 2

Dalam kepanikan aku yang agak melampau itu, tiba tiba aku teringat sesi lepak geng geng askar Kolej Perwaja kat depan kedai AB Waja dua hari lepas. Aku, Idi, Bapak, Munir, Khairul dan lain lain. Kebetulan Kolej Perwaja akan menganjurkan Annual Dinner di Dewan Muadzam pada 7 Januari 1996. Dalam sesi lepak tersebut, kami semua saling mencabar antara satu sama lain. Apa cabarannya? Supaya masing masing datang ke majlis annual dinner tersebut dengan 'teman perempuan'. Tak kira siapa, tapi MESTI seorang teman perempuan.

Dewan MAS

Adie semakin jauh meninggalkan aku.

"Arghhh... Tak cuba tak tahu.." kataku dalam hati.

Aku bingkas bangun dari kerusi meninggalkan Idi terpinga pinga dan terus berlari anak untuk mengejar Adie yang pada ketika itu hampir sampai ke jalan besar. Kukuatkan semangat. Kucekalkan hati. Apa nak jadi, jadilah. 

"Adie.. Adie.." aku memanggil dari belakang seraya hampir sampai dekat dengannya. Adie yang terdengar akan panggilan aku terus berpaling ke belakang dan berhenti. Sebenarnya ada dalam 10 tapak lagi sebelum aku sampai betul betul dihadapan dia, namun secara jujurnya, itulah 10 tapak yang paling jauh penah aku rasakan dalam hidup aku. Kepala aku kembali berkecamuk dengan pelbagai persoalan. Yakinkah aku atau beranikah aku untuk ajak dia ke annual dinner tu? Mahukah dia terima undangan aku? Atas dasar dan kapasiti apa aku nak undang dia? Mana aku nak letak muka kalau dia tak nak? Mungkin ke aku akan kena penampar semata mata sebab aku ajak dia jadi teman? Bayangkan semua ini berlegar di minda aku dalam 10 langkah terakhir sebelum sampai ke depan Adie. 

Sesampainya aku dihadapan Adie, aku menarik nafas panjang terlebih dahulu. Aku tak sanggup tenung mata dia. Aku rasa sangat kecil. Jadinya, masa bercakap, aku hanya tenung dahi dia. Aku Bismillah banyak banyak dalam hati dan aku nekad.

"Sorry Adie. Lupa nak cakap tadi. Sebenarnya 7 hb Januari ni, Kolej Perwaja ada Annual Dinner" kataku padanya dalam keadaan separuh mengah.

"So???.." balas Adie dengan ringkas dan bersahaja. Aduh. Ringkas sangat la pulak jawapan. Petanda buruk ni. Macam tak berminat je.

"So, kalau sudi, boleh tak saya ajak Adie untuk jadi teman saya malam tu?" ada sedikit getaran dihujung halkumku semasa aku menyebut perkataan 'teman'. Aku pasrah. Memang sudah sangat lama aku tak melalui situasi sebegini. Situasi yang amat kekok dan tidak selesa bagi semua makhluk yang bernama lelaki.

Adie diam seketika. Mungkin dia sedang membuat pertimbangan. Samada menerima atau menolak. If I were in her shoes, I would also be a bit sceptical if not dumbfounded. Come on man. I just met this guy like 2 hours ago. Tumpang meja aku sebab nak makan konon. And before I know it this same guy is asking me out to be his 'partner' for his college annual dinner. Aku cuma berserah pada ketika itu. Harapan aku adalah agar dia sudi. Kalau dia tak sudi pun, tak apa kot. At least aku dah cuba. Biar la malu pun. Janji aku takkan menyesal sebab tak cuba langsung. Sambil aku menunggu jawapan dari Adie, aku cuba sedaya upaya membuat muka kesian dan seposen yang semaksimum boleh. Sebenarnya apabila aku imbas kembali saat tu, Adie diam tak la lama mana pun. Paling paling pun dalam 5 saat. Cuma as I said earlier, pada waktu dan ketika itu, time move very very slowly. It felt like forever. Kira lalat terbang pun boleh tangkap pakai chopstick. Ibarat macam elak peluru dalam cerita The Matrix.

"Berapa haribulan tadi Abang Anas?" Adie mula memberikan respond.
"7 hb" jawabku semakin gementar.
"Kena bayar ke?" eh, macam ada harapan aje ni.
"Eh tak lah. Free. Just datang je" kataku berbohong. Sebenarnya dinner tu kena bayar RM20 sorang. Kalau dia sudi temankan aku, aku bayar la untuk dia.
"Hmm.. Kalau makan free, I ok je. Bolehlah"

Yahoooooo!!!! Dia setuju!!!!

"Tqq Tq Tq. Ok Adie. Set ye. Nanti 7hb, lepas maghrib, Abang Anas datang fetch awak kat Kolej Proton"
"Ok sure. Bye" balas Adie.
The Mall UUM


Adie meneruskan perjalanan pulang meninggalkan aku yang dalam keadaan gamam kerana aku memang sangat tidak percaya yang aku telah berjaya ajak dia untuk pergi Anuual Dinner tu. Lama aku berdiri kat tepi jalan tu memerhatikan dia berjalan semakin jauh dan sudah menghampiri The Mall.

Serius lama aku berdiri kat situ. Tak tipu. Sukar aku nak gambarkan apa perasaan aku ketika itu. Yang pastinya gigil aku  masih belum habis. Kalau tidak disebabkan Idi datang menepuk bahu aku dari belakang, pasti aku akan kekal kat tepi jalan tu.


"Woi. Sudah la. Kau buat apa tadi? Kau cakap apa dengan Adie? Dah la tiba tiba bangun blah tak ajak aku" Idi mula menunjukkan sifat 'Kak Nam' nya. Busy body la tu. 

Sambil tersenyum sumbing, aku berkata "Ingat tak 2 hari lepas kat AB Waja? Yang pasal dinner tu? Aku ajak Adie temankan aku. And dia setuju. Yess!!! Kau tu apa kes? Dah ada teman belum? Jangan tader pulak" aku cuba membakar Idi. Aku tau orang macam Idi takkan ada masalah untuk cari teman. Dia ramai kawan perempuan. Skandal yang minat kat dia pun ramai. Ye lah, orang enskem.

Yamaha 110 SS

Aku dan Idi menuruni bukit dari jalan besar untuk kembali ke Cafe D9 dimana motosikal kami diletakkan. It's time to go back to Perwaja. Perasaan aku berbunga bunga. Suka sangat. Badan rasa ringan macam nak melayang layang. Senyuman manis secara automatik terukir dibibir. Sampai kat motor kami, yang di parking bersebelahan, aku pun terus naik dan start motor aku. Fikiran masih melayang ni. Tersenyum sorang sorang macam orang tak berapa cukup screw. Selepas kurang lebih sepuluh tendangan, enjin motor aku masih tak  mahu hidup. Aku tak kisah, aku cuba lagi. Hati kan tengah berbunga, so kalau enjin motor tak boleh hidup tu perkara yang sangat kecil lah. Idi yang dari tadinya dah hidupkan enjin motor dia dan menunggu aku tersengih sengih je melihat gelagat aku. Ah, jealous la tu. Biarkan dia. Menyibuk je hal orang. Tapi tu lah. Mungkin disebabkan aku ni sahabat baik dia, lama kelamaan dia jatuh kesian kot pada aku. Ditongkatkannya motor dia dan dia datang menghampiri aku.
"Pen. Kau ni pun agak agak la. Kalau kunci motor kau tak cucuk kat motor and pulas ON, sampai kiamat la kau start motor ni takkan hidup hidup. Baru dapat ajak orang tu pegi dinner dah angau" dia tergelak sambil mengambil kunci motor aku yang sebenarnya berada dalam genggaman tangan kiri aku dan meng 'ON' kan motor aku. Aku termalu sendiri. Satu lagi tendangan dan mengaum la bunyi Yamaha 110 SS aku dengan no plat NAK 857 ke segenap ruang pelusuk Cafe D9. Kami berdua pun berlalu pulang ke Perwaja.

Malam itu, bersaksikan siling bilik Kolej Perwaja Blok A, 2.12, aku gagal tidur. Sabarul roomate aku dah lama belayar ke laut. Perasaan berbunga bunga dan melayang layang masih lagi dirasakan. The last time I felt this way was in MRSM Muar. Perasaan itu kini kembali. Apa apa pun, first hurdle has been cleared. Apa strategi aku moving forward ni? Next step is dinner. After dinner, apa pulak alasan aku untuk terus berjumpa dengan dia? For some of you, I might be too optimistic. Belum apa apa dah nak pikirkan benda yang jauh kehadapan. Status sebenar dia  pun aku tak tau lagi. Single ke? Dah berpunya ke? Tapi aku memang jenis macam tu. If I want something, aku akan pastikan yang aku akan dapat benda tu. So I need to be serious. Pelan tindakan dan strategi amatlah penting. Aku tak nak guna strategi "I'll cross the bridge when I reach the river". Tak efektif dan merbahaya.

Sebelum memejamkan mata malam tu, aku decide that moving forward, aku perlu cari info sebanyak mungkin pasal Adie. Kepakaran 'risik' dan 'semboyan' PALAPES akan digunapakai sebaiknya. Sambil meletakkan tangan atas dahi aku melayan mata untuk tidur. Aku merangka apa yang perlu aku lakukan. Tujuan dan objektif aku jelas. Cicak diatas siling bilik aku rasa makin mengecil. Dengkuran Sabarul makin kuat. Hari sudah dinihari. Tapi dalam hati, jiwa dan kepala aku, hanya ada ADIE.

Persoalannya sekarang, is she The One?


Bersambung.
  

Thursday, 3 January 2013

How I Met My Wife - Part 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik ni memang interesting and a bit complicated. Aku mungkin akan pecahkan cerita ni pada beberapa bahagian. Tapi aku akan cuba untuk terang dan kupaskan supaya all of you can appreciate the true meaning of LOVE. Pada yang pernah melaluinya, pasti akan dapat merasakan dan menghayatinya. Do enjoy your reading.


Pernah tak kita bertanya yang sepanjang hidup kita, berapa kali kita pernah dilamun cinta. Ada yang sekali, ada yang dua kali dan tak kurang yang berkali kali. Kata orang, cinta pertama adalah cinta sejati. Walau kita akan bercinta lagi dikemudian hari, namun di sepanjang hayat, cinta pertamalah yang akan dikenang dan diingati sampai bila bila. Well, its open to everyone interpretation. Some will agree ans some wioll beg to differ. Apa apa lah janji korang bahagia. This posting will exclude my love live prior to 1996. That means whatever happen in primary school, mrsm muar, matriculation and UUM prior to that will be excluded. Ok, lets get back to the main topic on how I met my wife.




 Segala galanya bermula di Universiti keramat ini pada tanggal 31 Disember 1995. Yes, the last day of 1995. Malam tu, as usual routine budak budak kampus UUM menyambut tahun baru adalah berkumpul ramai ramai di kafeteria, makan, minum, tengok tv, countdown and balik tidur. Ada jugak yang ke Paddy Fields dan Shock, tapi aku time tu dah retire dah buat benda benda tu. Not to say I didn't like it. It's more of susah aku nak bahagikan masa dengan belajar dan entertainment disebabkan PALAPES. Diorang lain la. Ko-k muzik, mekanik, sukan etc. Banyak masa terluang. PALAPES ni kalau nak kiwi kasut pun makan 2-3 jam. Belum cerita gosok baju lagi. Ok, jangan lari topik. Malam new year tu, aku bersama sahabat baik aku Mohd Idi Amin, menunggang Yamaha SS110 kaler kuning aku, kami berdua decide untuk sambut tahun baru di Cafe D9 Kolej Petronas. Sampai di Cafe D9 dalam pukul 10 lebih. Punya lah penuh. Lepas parking motor, kami pun beratur beli makanan. Lengkap bihun di tangan kanan dan teh o ais di tangan kiri, kami pun merayau la ke seluruh cafe tu untuk cari tempat duduk. Memang tak ada meja kosong. Full house. Terlampau ramai orang. Aku yang macam dah fed up nak cari tempat rasa macam nak mencangkung tepi longkang je makan. At this point tiba tiba idi berbunyi.

"Pen, tu ada kerusi dua kosong kat meja awek tu". Idi memuncungkan bibirnya mengahala ke arah sebuah meja kecil untuk 4 orang di hujung Cafe D9 sebelah luar yang berdekatan dengan tasik.
"Memang la kosong. Tapi segan la. Kita ni dah la muka ganas. Mana awek tu nak kasi kita duduk" kata aku pulak.
"Kau ni, apa la. Aku kenal salah sorang awek tu. Satu kelas dengan aku paper FM" Idi agak confident.
Idi terus melulu menghala ke meja tu. Aku pulak, nak tak nak, terpaksa la mengikut. Hati rasa berat sebab honestly time tu, aku macam dah 'delete' perkataan perempuan dari dalam kamus hidup aku. Hidup aku banyak berlegar disekitar rakan rakan PALAPES dan juga geng geng kolej lain yang rapat dengan aku since matrik (geng keretapi Butterworth - KL - you know who you are). All guys. No girls. TApi ini bukan bermaksud aku anti perempuan. Aku cuma tak ada masa nak ada 'relationship'. Got it? Aku masa tu ada ramai kawan kawan perempuan yang rapat dengan aku ok. Lilot, if you are reading this, please help and explain.

Sampai di meja, Idi dengan mesra menyapa salah seorang dari awek tu yang bernama Irda. As expected, memang 2 kerusi tu kosong and kami dibenarkan untuk join sekali kat meja tu. So, jadi la berempat. Idi semenjak duduk sibuk dok pot pet pot pet dengan Irda. Aku pulak, dapat kerusi, ada meja, apa lagi, terus layan bihun goreng sama teh o ais aku la. Aku abaikan mereka yang bertiga tu dan aku terus khayal dalam dunia aku sendiri sorang sorang.


Siapa ingat pelantar ni? Tempat lepak petang petang, bawak roti bagi ikan makan.

"Pen, kau ok ke?" tiba tiba Idi bertanya.
"Err.. ok je. Kenapa?" jawab aku sambil mengeluarkan rokok Marlboro Light dari dalam poket.
"Takde la. Kau dari duduk tadi, senyapppp je. Anti sosial ke apa? Dah la menumpang meja orang. Jom la sembang sembang sekali" kata Idi lagi.

Aku terus nyalakan rokok dan memandang tasik yang luas dihadapan kami. Oh, diorang perasan rupanya yang aku ni senyap dari tadi. Lepas 3 sedutan panjang, aku pun mula la menganalisa siapa yang bersama sama aku di meja makan tu. Of course Idi, Irda dan kawan Irda yang bernama Adie. Pertama kali mata aku bertentangan dengan Adie, aku dapat rasakan macam ada sedikit kejutan letrik manja yang melanda seluruh tubuh aku. Geli, sedap, sakit, semut semut, semuanya ada. Adie ni orang nya putih cerah, bibir nya separuh penuh, matanya cantik dan keseluruhannya sedap mata memandang. Dalam hati aku menampar muka aku sendiri. Kenapa la dari tadi aku berkurung dalam kepompong aku sendiri. Kenapa tidak sejak duduk, aku tidak turut serta dalam perbualan mereka. Aku mula mencari modal umtuk bersembang. Bukak cerita PALAPES sikit, cerita muzik sikit dan terpaksa dengar pasal cerita belajar jugak. Overall it was ok. Irda dan Adie sebenarnya agak mesra. Terutamanya Irda tapi itu memang dijangkakan sebab dia memang kenal baik dengan Idi. Adie pulak, ada kalanya dia berbicara dan ada kalanya dia diam termenung. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Menjelang tengah malam, Cafe D9 jadi lebih gamat. Minit terakhir 1995 akhirnya tiba dan apa lagi, countdown la. 5,4,3,2,1........ Happy New Year!!!!!   Meriah seluruh cafe. Ramai yang bersalaman. Ada yang berpelukan (sesama jenis je). Kami berempat pulak, cukup dengan ucapan pada satu sama lain dan senyuman. Entah kenapa, aku rasa macam aku 'suka' pada Adie. Everything that she does seemed to be so right. cara cakap, cara senyum, cara makan, cara minum, cara ketawa, cara berjalan, semualah. Sudah terlalu lama aku tak merasakan apa yang aku rasakan pada ketika itu. Apakah maksudnya semua ini?

Selang beberapa minit selepas memasuki tahun 1996, Irda dan Adie mohon untuk beransur pulang. Mereka sebenarnya dari Kolej Proton di Laluan A. Sekitar 1.5km dari Kolej Petronas. After saying goodbye, mereka pun bangun dan berjalan untuk pulang. Tinggal la aku dan Idi berdua di meja tu. Aku masih memerhatikan Adie yang semakin jauh meninggalkan kami. Namun hati dan fikiran aku tersangat bercelaru. Aku tak mahu ini merupakan pertemuan pertama dan terakhir antara aku dan dia. Apa alasan aku untuk terus boleh berjumpa dengan dia lagi. Aku panik. Dia semakin jauh. Aku semakin panik.

Bersambung.